Friday, August 23, 2013

SolaTlAh Kamu SetElaH SelESAi SyaRat SeBelUM SolAT

Peringatan untuk muslimah, dan muslim jua kalau rajin sampaikanlah pada mak anak kakak adik isteri semua okayy.

Satu benda yang selalu kita pakai buat solat, konon buat cukup syarat.. adalah telekung. Kan ? Tapi, yang selalu kita tak perasan atau titik beratkan adalah telekung yang jarang. Selalu kalau pi singgah surau mana mana, mesti akan ternampak muslimah lain yang solat pakai telekung tapi boleh nampak bayangan dan warna rambut, leher, tangan, kaki dan sebagainya. Habis hangus solat anda kerana telekung. =='

Telekung kita pakai untuk menutup aurat semasa menunaikan solat. Tapi apabila dia jarang, dan boleh menampakkan segala galanya sekali pandang,,..apa beza dengan tak pakai telekung ?

Cara nak tahu telekung tu jarang tak jarang, test pakai kat tangan or test dengan anything else yang warna dia terang, and if you can see the colour through it, maka jarang lah dia. Oleh itu, belilah telekung yang tebal sikit, tak pun buat double layer, takpun buat sendiri telekung tu pun okay. Alternatif lain, pakai tudung and stokin beyond telekung anda.
Sekian  

No comments:

Post a Comment