Tuesday, February 26, 2013

FACEboOK KE SyuRga

FACEboOK SyuRga

-Facebook= Primium easy jariah
-Jariah=amalan baik yang terus diamalkan oleh orang lain waloupun anda telah mati(cth:MLM)
-Isi = kebaikan(ilmu,pengalaman,peringatan,amalan,benda bermanfaat)
-Sasaran= Semua orang
-Pemberi=Anda
-Waktu=Setiap hari
-advantage=
1-Bank saham akhirat
2-Mudah pelaburan
3-Menyenangkan haty
4-Perancangan kekayaan jangka masa panjang
5-Kesenangan buat ibu bapa,guru,sahabt,adik,nenek,suami,isteri,anak.
6-Cara mudah serta senang menjadi jutawan

Panduan facebook easy jariah
1)Niat lillahitaala
2)Jangan meletakkan hadis yang anda sendiri tidak tahu benar atau palsu
3)Sebarkan seberapa banyak mungkin pada orang ramai
4)berdoa diterima amalan tersebut
5)Berazam untuk Istiqamah setiap hari@setiap minggu@setiap bulan
6)Jangan mudah menyangka hanya kita yang betul,orang lain sahaja yang salah
7)Jangan menyebarkan sesuatu yang pada pandangan baik,tetapi isinya dosa
8)Beri tips amalan kebaikan bagi memudahkan orang beramal
9)Doakan kebaikan buat ibu bapa,dan umah.

Sabda Rasulullah s.a.w:Apabila mati seseorang anak adam,maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:

1-SEDEKAH JARIAH
2-ILMU BERMANFAAT YANG DISAMPAIKAN
3-ANAK SOLEH MENDOAKAN KEDUA IBU BAPANYA.

Jadilah orang yang kaya!mengkayakan diri sendiri,ibu bapa,ahli keluarga,guru2,teman2 agar tempias kebaikan menjadi manfaat untuk seluruh insan yang anda sayangi.Bawa sama2 diri kita dan mereka ke syurga dengan jalan mudah.Plan dan mulakan dari sekarang!!Selamat berjariah.


Sunday, February 17, 2013

WaSIaT

renung2kn pesanan Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna:-

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.


4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


BERsanGKa BaiK

Husnuzhon (Baik sangka) itu sebenarnya satu perkara yang boleh membawa kepada ketenangan jiwa. Ia juga membuatkan kita berupaya memulihkan hubungan dengan manusia.

Kita terlalu memandang negatif terhadap orang lain dan perkara ini merunsingkan kita. Kita runsing barang akan dicuri, kita runsing perkara buruk akan berlaku. Tidakkah itu membuatkan kita tidak tenang? Dan apabila tidak tenang, mulalah ia merebak ke dalam solat kita menyebabkan kita tidak khusyuk. Kita terlalu memikirkan hal dunia dan risau barang kita akan hilang.

Husnuzhon ini juga bukan sahaja dalam menjaga hubungan dengan manusia, malah ia juga dalam bab hubungan kita dengan Allah.

Lihatlah di dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi. Betapa Allah ingin mendidik sifat baik sangka terhadap Allah kepada Nabi Musa. Dalam surah ini, diceritakan sebanyak 23ayat tentang pertemuan Nabi Khidir dihantar berjumpa dengan Musa a.s. semata-mata untuk menerapkan sifat baik sangka dengan Allah.

Jika diteliti dalam kisah tersebut, betapa nabi Allah, manusia pilihan-Nya diuji kesabarannya dengan beberapa kejadian yang dilakukan oleh Nabi Khidir. Dibocori sampan, dibunuh seorang anak muda, didirikan dinding di negeri yang tidak menjamu mereka. Malah dalam ayat ke-74, Musa a.s. mengatakan perkara itu mungkar, namun apakah jawapan manusia utusan Allah itu? 
"Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" [Surah al-Kahfi, 18:75]

Dan hingga ke akhir pertemuan mereka, Nabi Khidir menjelaskan tentang segala perbuatannya itu. Semua perkara yang dilakukannya itu ada sebab di sebaliknya. 

Betapa dalam kisah tersebut, seorang nabi diajarkan tentang kita berbaik sangka dengan setiap ketetapan Allah. Allah membuat sesuatu itu dengan takdirnya. Dan disebalik takdir itu ada hikmahnya. Allah memberikan hikmahnya dengan melalui setiap kejadian yang berlaku. Yakinlah kita setiap ketetapan Allah itu ada hikmahnya.

Dan yakinlah bahawa jika perbuatan Nabi Khidir itu tidak diingini Allah, nescaya tidak Allah membiarkan ia berlaku.

"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Surah Al-Baqarah, 2:216]

Ringkasnya, ber-husnuzhon-lah kita dalam setiap perkara. Berbaik sangka dalam hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia. Baik sangka dalam setiap ketetapan Allah.


SeKUlaRiSmE

Mahu tahu bagaimana fahaman Sekularisme berupaya menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri?

Pada zaman Renaissance, pihak gereja diketepikan kerana fungsinya yang korup terhadap kuasa pemerintahan. Dan sejak itu, rakyat di Eropah berusaha mengasingkan peranan pihak gereja daripada pemerintahan.

Sejak peristiwa itu, pihak Barat cuba mengasingkan peranan agama dalam pemerintahan. Bermula dengan pemerintahan, ia merebak ke aspek lain seperti ekonomi, sosial, undang-undang dan sebagainya.

Bahayanya fahaman sekularisme ini adalah apabila ia meletakkan urusan agama hanya di masjid dan rumah ibadah dan tidak mengadakan unsur agama dalam hal dunia.

Mereka melabelkan urusan agama hanya di masjid dan hanya rasional dijalankan di masjid sahaja. Dan seterusnya mereka melancarkan serangan berikutnya.

Mereka kini berusaha menjauhkan anak-anak muda dari masjid. Mereka mengadakan program-program. Sehinggakan anak muda ini tidak sempat untuk ke masjid. Orang dewasa pula mereka penuhkan dengan kerja supaya mereka terlalu sibuk untuk ke masjid.

Mereka meletakkan agama di masjid tetapi mereka menjauhkan daripada masjid. Nampak tak usaha mereka itu? Mereka menjauhkan golongan ini daripada masjid itu sendiri.

Kesimpulan, jom ke masjid. Tidak bermakna anda tidak boleh jumpa agama di luar, tetapi di masjid penuh dengan majlis ilmu dan muzakarah ilmiah.


=)

ApAbIla KAmu . .

♥¸.•✿´¯Apabila kamu teringatkan seseorang,
perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila
kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,
perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu
ingin wajah berseri dan sejuk mata
memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,
apabila kamu inginkan perlindungan dan
kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan
apabila kamu inginkan malaikat
mendampingimu dan mengelak dari
pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu
sentiasa berada dalam keadaan
BERWUDHU.".♥¸.•✿´


BersIN daN meNGuAP

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdullillah’). Dan merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari setan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya sebisa mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu setan mentertawakannya.” (HR Bukhari)

“Menguap adalah dari setan, maka jika salah seorang di antara kalian menguap, hendaklah ia menahannya sedapat mungkin.” (HR Muslim)

Ketika seseorang ingin menguap hendaknya ia menutup mulutnya dengan tangan kiri, karena menguap adalah salah satu perbuatan yang buruk.

hehe . . tutup mulut ~

CoUplE ??

Pada asalnya, istilah couple ini kurang digunakan oleh rakyat Malaysia sehinggalah dalam beberapa tahun yang lalu, dalam lingkungan 5,6 tahun lalu. Saya sendiri pertama kali dengar perkataan itu digunakan pada umur 14tahun.

Sebelum ini, istilah yang digunakan adalah girlfriend/boyfriend, pakwe/makwe dsb. Dan sebelum muncul istilah couple itu sendiri, fatwa telah mengharamkan perbuatan tersebut.

Kerana itu pandangan saya, mengapa fatwa haram Valentine's Day dikeluarkan pada tahun 2005 manakala fatwa couple sedikit lambat.

Pada hakikatnya, semua istilah yang digunakan hanya sebagai penutup malah pengganti perkataan lain iaitu zina. Masyarakat kita pada bila disebut zina, "Mana boleh, haram tu". Ya, didikan sejak kecil mengajar kita erti zina dan pengharaman ia. Kita sedar perbuatan zina itu haram.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra', 17:32)

Tidakkah jelas di situ, Allah mengharamkan zina itu. Malah menyifatkan zina itu sebagaimana rupanya iaitu keji dan juga buruk.

Namun, mungkin pada sebahagian daripada kita yang mana kurang penjelasan tentang bentuk-bentuk zina. Mungkin dari padangan kita, zina itu merujuk kepada persetubuhan tanpa ikatan yang sah.

Dan kerana itu, muncul doktrin yang cuba menggantikan penggunaan perkataan zina itu, dengan harapan mengkaburi mata kita daripada hakikat sebenar zina itu, IAITU, Couple


MeSsAgE To MY frIenD, To YouR fRienD & To Me

THIS Message made me ashamed of myself :(
Have you ever wondered what would have happened if we treated the Quran the way we treat our mobile phone???
What if we can carry it with us wherever we go; In our bags and our pockets?
What if we looked at the pages several times a day?
What if we went back to take it if forgotten?
What if we treated as though we cannot live without it?
- And really, we cannot live without it!
What if we give it to our children as gifts??
What if we read it while travelling??? 
What if we made it a priority everyday??
Let our logo be
" Quran is my best friend."

Think .. Even once .. (Day of Judgment) we will realise we daily opened messages from friends .. We shared/forwarded the jokes an gossip. But how many times do we open the Quran and read the messages sent from Allaah subhaanu wa ta'ala Himself? "

Scientifically proven;
Listening to Quran reduces the prevalence of cancerous cells in the human body and even destroys them.
The prolongation of prostration strengthens memory, and prevents stroke.
Prostration removes positive charges in the body - in a world where EVERYTHING uses electricity and affects us negatively, learn the importance of this.
Satan said "I wonder how humans claim to
Love Allaah and disobey Him, and claim they hate me yet they obey me. 
May Allah grant success to every one who reads and sends. آمِيْن!